ASSALAMUALAIKUM :)
Hai ! :)
Apa khabar semua ? :)
Sihat ?
ALHAMDULILAH :D
SALAM NISFU SYA'BAN UNTUK SEMUA UMAT ISLAM SELURUH DUNIA :)
Dekat bawah ni aku nak kongsi sikit info berkaitan dengan NISFU SYA'BAN. Semoga ilmu yang di kongsi ni kita dapat manfaatkan bersama-sama :)
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Nisfu Syaaban (Nisf bermaksud separuh) adalah peristiwa hari ke-15 dalam bulan Syaaban tahun Hijrah. Umat Islam mempercayai yang pada malam Nisfu Syaaban, amalan akan dibawa naik oleh Malaikat untuk ditukar dengan lembaran amalan yang baru setelah setahun berlalu. Pengertian am Nisfu Syaaban dalambahasa Arab bererti setengah. Nisfu Syaaban bererti setengah bulan Syaaban. Malam Nisfu Syaaban adalah malam ke-15 Syaaban iaitu siangnya 14 haribulan Syaaban.
Malam Nisfu Syaaban merupakan malam yang penuh berkat dan rahmat selepas malam Lailatul Qadar. Saiyidatina Aisyah r.a. meriwayatkan bahawa Nabi
tidak tidur pada malam itu sebagaimana yang tersebut dalam sebuah Hadis yang diriwayatkan oleh Imam Al-Baihaqi r.a:

“ | Rasulullah ![]() ![]() ![]()
Setelah Baginda
![]() | ” |
Hari Nisfu Syaaban adalah hari dimana buku catatan amalan orang-orang Muslimin selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru. Catatan pertama yang akan dicatatkan dibuku yang baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu Maghrib (waktu senja), (15 Syaaban bermula pada 14 haribulan Syaaban sebaik sahaja masuk waktu Solat Maghrib)
Nabi Muhammad s.a.w. menggalakkan umatnya untuk bangun malam dan berjaga serta beriktikaf sepanjang malam kerana tidak mahu amalan diangkat dalam keadaan tidur atau lalai.
-sumber wikipedia-
Thats all for today ;)
TataTitiTutu , JANGAN LUPA FOLLOW BLOG Cik Ziqa ;)
No comments:
Post a Comment